Tiga laluan Jalan Mersing-Kota Tinggi dinaiki air

Antara laluan di Jalan Kota Tinggi-Mersing yang dinaiki air. - Foto FB JKR Kota Tinggi
Antara laluan di Jalan Kota Tinggi-Mersing yang dinaiki air. - Foto FB JKR Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Kota Tinggi-Mersing susulan tiga laluan di situ dinaiki banjir setinggi 0.15 meter akibat hujan lebat sejak pagi Isnin.

Tiga laluan tersebut ialah Jalan Kota Tinggi-Mersing (Kawasan Kimlong FT003); Jalan Lokheng/Mawai/Sungai Mas (Sungai Semalok FT099) dan Jalan Mawai Lama (Rumah Burung J172).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, notis terkini keadaan laluan antara Mersing dan Kota Tinggi sentiasa dimaklumkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jalan Mawai Lama yang dinaiki air, susulan hujan lebat sejak pagi Isnin. - Foto FB JKR Kota Tinggi
Jalan Mawai Lama yang dinaiki air, susulan hujan lebat sejak pagi Isnin. - Foto FB JKR Kota Tinggi

Menurut beliau, pengguna jalan raya perlu mematuhi arahan yang diberikan bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian tidak diingini berlaku.

"Keadaan air bah di Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Jalan Mawai Lama beransur surut, namun keadaan cuaca kini mendung dan kemungkinan hujan semula.

"Bagi paras air di Jalan Lokheng/Mawai/Sungai Mas pula dilaporkan semakin meningkat berikutan laluan itu terletak di bawah kawasan berbukit dan hanya kenderaan berat dibenarkan melaluinya.

Artikel Berkaitan:

Pengguna Jalan Kota Tinggi-Mersing perlu mematuhi arahan yang diberikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. - Foto FB JKR Kota Tinggi
Pengguna Jalan Kota Tinggi-Mersing perlu mematuhi arahan yang diberikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. - Foto FB JKR Kota Tinggi

"Pengguna jalan raya perlu peka, sekiranya keadaan air banjir berarus laju, pengguna dinasihatkan untuk tidak melalui jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran tahap kuning atau waspada berikutan hujan berterusan diramalkan berlaku di Kota Tinggi dan Mersing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!