Johor rekod satu kematian akibat Covid-19

Johor Bahru merekodkan kes Covid-19 tertinggi sehingga ME 51 iaitu sebanyak sebanyak 2,431 kes. - Foto fail Bernama
Johor Bahru merekodkan kes Covid-19 tertinggi sehingga ME 51 iaitu sebanyak sebanyak 2,431 kes. - Foto fail Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor mula merekodkan kematian akibat Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51) dengan tiga pesakit masih di unit rawatan rapi (ICU) dan 123 pesakit dirawat di hospital.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pola pelaporan Covid- 19 di Johor dalam tempoh beberapa bulan ini menunjukkan peningkatan mendadak.

"Sehingga Sabtu (ME 51), secara kumulatif terdapat 404,309 kes Covid-19 yang telah dilaporkan di mana 401,216 merupakan jangkitan tempatan.

"Baki 3,093 adalah kes import. Purata kadar insiden harian Covid-19 untuk ME 51 adalah 8.44 untuk setiap 100,000 penduduk," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ling Tian Soon
Ling Tian Soon

Menurut Tian Soon, secara kumulatif daerah Johor Bahru merekodkan kes Covid-19 tertinggi sehingga ME 51 iaitu sebanyak 2,431 kes diikuti Kulai (885) dan Batu Pahat (812).

Jelasnya, kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan terus memantau situasi perkembangan jangkitan Covid-19 serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan secara berterusan.

"Orang ramai digalakkan untuk terus mengamalkan penjagaan kesihatan seperti memakai pelitup muka selain mengelakkan 3S iaitu tempat sesak, sempit dan sembang rapat.

Artikel Berkaitan:

"Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga," ujarnya.