'Salahkah jika tidak tahu siang ikan...'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GEGAK gempita media sosial dua tiga hari ini berhubung tularnya kisah dua pengacara sebuah televisyen swasta apabila tidak tahu siang ikan.

Video pendek yang memaparkan aksi berkenaan lantas mendapat respons daripada netizen.

Susulan itu juga, media sosial turut 'trending' dengan kisah 'akak pengacara tidak pandai siang ikan'.

Ada yang memberikan komen berbentuk positif dan ada juga meninggalkan komen negatif atau pun sindiran di pelbagai platform media sosial.

Maka keluarlah komen yang mengatakan bahawa sebagai wanita, hos berkenaan perlulah mahir menyiang ikan.

Bagaimanapun komentar berbaur sinis itu dinafikan oleh sebilangan netizen alam maya yang mengatakan, perubahan zaman sekarang membolehkan 'pekerjaan' itu dilakukan oleh orang lain.

Malah, hampir semua pasar raya atau pasar basah ketika ini menyediakan perkhidmatan potong dan siang ikan.

Justeru dalam hal ini tidak perlulah memberi komen melampau sekiranya ada golongan wanita yang tidak pandai menyiang ikan atau tidak reti masak sekali pun.

Artikel Berkaitan:

Proses pembelajaran itu tiada batas masa. Kalau susah sangat beli yang siap masak pun memadai.

Setidaknya dapat juga membantu ekonomi domestik. Kalau tidak kita yang menyumbang siapa lagi yang mahu membantu usahawan tempatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!