Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya

Anggota APM Kuala Pilah sedang mengeluarkan biawak berkenaan. - Foto APM Kuala Pilah
Anggota APM Kuala Pilah sedang mengeluarkan biawak berkenaan. - Foto APM Kuala Pilah
A
A
A

KUALA PILAH - Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui tersekat di dalam lubang tandas di sebuah pasar raya di Jalan Melang, di sini pada Isnin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah, Lt (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, kejadian kira-kira jam 5.35 petang itu mengejutkan orang ramai apabila mendapati kepala reptilia itu tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.

"Seramai empat orang anggota diketuai oleh Prebet (PA) Ahmad Hambali Ahmad Kamal ke lokasi kejadian pada jam 5.40 petang setelah menerima laporan dari orang awam.

Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui 'tersekat' di dalam lubang tandas di sebuah pasaraya di jalan Melang di sini pada Isnin. - Foto APM Kuala Pilah
Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui 'tersekat' di dalam lubang tandas di sebuah pasaraya di jalan Melang di sini pada Isnin. - Foto APM Kuala Pilah

"Operasi menyelamatkan biawak malang itu mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menenangkannya sebelum dikeluarkan," katanya ketika hubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ujarnya, biawak sepanjang 80 sentimeter itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan ancaman bahaya atau bencana dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!