Banjir di Kelantan bertambah buruk, mangsa cecah 12,572 orang

Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan mencecah 12,572 orang pada Selasa.
Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan mencecah 12,572 orang pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Banjir di negeri ini bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan mencecah 12,572 orang pada Selasa.

Tujuh daerah yang terkesan ialah Pasir Mas, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu.

Banjir kali ini menyaksikan 3,860 keluarga ditempatkan di 82 pusat pemindahan sementara (PPS).

Anggota APM Pasir Mas giat melakukan operasi menyelamat walaupun cuaca gelap di Kampung Banggol, Pasir Mas.
Anggota APM Pasir Mas giat melakukan operasi menyelamat walaupun cuaca gelap di Kampung Banggol, Pasir Mas.

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,210 orang diikuti Kuala Krai (2,516), Tanah Merah (1,783), Machang (462), Gua Musang (271), Jeli (255) dan Kota Bharu 25.

Tiga sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Anggota APM sedang melakukan kerja menyelamat di Kampung Kubang Siput, Pasir Mas.
Anggota APM sedang melakukan kerja menyelamat di Kampung Kubang Siput, Pasir Mas.

Penduduk dari Kampung Kubang Puyoh, Rantau Panjang, Aliff Rosdi, 25, memberitahu banjir gelombang ke tiga kali ini lebih buruk berbanding sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Semasa gelombang satu dan dua kami sekeluarga tidak berpindah kerana air hanya di pekarangan rumah sahaja.

Anggota JBPM menyelamatkan mangsa apabila rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Repoh Hilir, Jeli.
Anggota JBPM menyelamatkan mangsa apabila rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Repoh Hilir, Jeli.



Anggota JBPM melakukan kerja-kerja menyelamat di Kampung Repoh Hilir, Jeli.
Anggota JBPM melakukan kerja-kerja menyelamat di Kampung Repoh Hilir, Jeli.

"Tetapi bermula semalam (Isnin) air melimpah ke dalam rumah sehingga paras 0.2 meter," katanya ketika dihubungi.

Dia serta tujuh lagi ahli keluarga hampir panik apabila mereka tidak sempat untuk keluar ke PPS berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!