Piket 'Kepung Demi Palestin' bermula malam ini

Setakat 24 Disember lepas, seramai 20,424 rakyat Palestin telah terkorban dalam konflik Hamas-Israel. - Foto EPA
Setakat 24 Disember lepas, seramai 20,424 rakyat Palestin telah terkorban dalam konflik Hamas-Israel. - Foto EPA
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar, serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum, dijangka akan berkampung selama enam hari di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat bermula jam 10 malam ini.

Tindakan piket dengan nama 'Kepung Demi Palestin' itu adalah inisiatif oleh warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza iaitu setakat 24 Disember lepas telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Menurut Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) dalam kenyataan semalam, piket di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Mereka dijangka akan berkhemah sepanjang piket selain mengadakan acara solidariti setiap malam serta memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin.

Antara NGO yang dijanga akan mengambil bahagian adalah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!