Perebutan tempat kian sengit dengan kehadiran Romel Morales - Faisal Halim

Faisal
Faisal
A
A
A

PENYERANG negara, Faisal Halim, akui kehadiran pemain naturalisasi negara, Romel Morales, menjadikan perebutan tempat dalam skuad kebangsaan kini lebih sengit.

Bagaimanapun, bintang Selangor itu berkata, Romel mampu memberikan nilai tambah buat Harimau Malaya menjelang kempen Piala Asia bulan depan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Dalam senarai ada 26 pemain dan sudah tentu semuanya berkualiti dan ada kelebihan masing-masing.

"Pemain seharusnya memberikan kerja yang lebih baik buat pasukan dan jurulatih akan menilai siapa yang terbaik dan siapa yang akan diturunkan

"Dalam kem kali ini, saya rasa persaingannya cukup sengit. Tiada siapa ada jaminan untuk bermain sepenuh masa. Tiada siapa ada jaminan untuk bermain dalam kesemua perlawanan.

"Dalam setiap hari latihan dan dalam setiap hari perlawanan, kami sebagai pemain harus bersedia dan harus memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya. - Stadium Astro

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!