Balai bomba dinaiki air, operasi menyelamat diteruskan

Gambar tular di Balai Bomba Rantau Panjang dinaiki air. - Foto Ihsan pembaca
Gambar tular di Balai Bomba Rantau Panjang dinaiki air. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

RANTAU PANJANG - Anggota dan pegawai di Balai Bomba Rantau Panjang masih meneruskan operasi walaupun balai itu dinaiki air setinggi 0.9 meter selepas hujan lebat sejak Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, air mulai naik kira-kira jam 6 petang Isnin.

Menurut beliau, sehingga pagi tadi paras air dalam balai bomba itu mencecah lebih 0.5 meter.

"Semua kenderaan dan logistik sudah dikeluarkan malam tadi dan dletakkan di tempat selamat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, tular beberapa gambar mengenai banjir yang berlaku di balai bomba itu itu sejak malam tadi.

Gambar tular di Balai Bomba Rantau Panjang dinaiki air. - Foto Ihsan pembaca
Gambar tular di Balai Bomba Rantau Panjang dinaiki air. - Foto Ihsan pembaca

Shapawi memberitahu, bagaimanapun operasi dan kerja-kerja menyelamat diteruskan bagi membantu mangsa banjir di daerah ini.

"Kami tetap melakukan operasi menyelamat dan menghantar mangsa di beberapa lokasi ke pusat pemindahan banjir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 12572 mangsa membabitkan 3860 keluarga di seluruh negeri Kelantan.

Daripada jumlah itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 2334 mangsa dengan 7210 keluarga manakala Tanah Merah mencatatkan seramai 1783 mangsa membabitkan 546 keluarga.

Daerah lain yang turut dilanda banjir ialah Jeli, Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!