Ops Krismas, JPJ Pulau Pinang keluarkan 280 saman

Saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran.
Saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 280 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Ops Khas Ambang Krismas yang dijalankan pada malam 24 Disember lalu.

Menurut kenyataan dalam Facebook JPJ Pulau Pinang, operasi dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Sungai Dua yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu berkata, operasi dijalankan bermula jam 9 malam sehingga jam 5 pagi, 25 Disember.

Sebanyak 280 saman dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan pada jam 9 malam, 24 Disember sehingga jam 5 pagi, 25 Disember lalu.
Sebanyak 280 saman dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan pada jam 9 malam, 24 Disember sehingga jam 5 pagi, 25 Disember lalu.

"Sebanyak 280 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, tidak pamer pelekat P, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran.

"Penguatkuasaan ini adalah bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) dan kaedah-kaedah dibawahnya," katanya pada Selasa.

Anggota JPJ Pulau Pinang sedang memeriksa salah sebuah motosikal dalam Ops Khas Ambang Krismas yang dijalankan pada malam 24 Disember lalu.
Anggota JPJ Pulau Pinang sedang memeriksa salah sebuah motosikal dalam Ops Khas Ambang Krismas yang dijalankan pada malam 24 Disember lalu.

JPJ Pulau Pinang turut menasihatkan penunggang atau pemilik motosikal supaya mematuhi peraturan dan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal.

"Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!