Pindah segera jika diarahkan - Wan Rosdy

Penduduk yang terlibat dengan banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa. - Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
Penduduk yang terlibat dengan banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa. - Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Rakyat di Pahang terutamanya di kawasan berisiko banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, nasihat itu diberikan susulan peningkatan jumlah hujan dan kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin daripada sebarang bentuk musibah yang lebih besar seperti kehilangan nyawa.

Wan Rosdy
Wan Rosdy

"Saya juga mengingatkan agar penduduk negeri ini tidak turun ke sungai untuk menangkap ikan kerana kita bimbang kejadian-kejadian yang tidak diduga boleh berlaku.

Kepada mereka yang telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan, saya berharap anda semua terus bersabar dan insya-ALLAH segala keperluan di sini telah pun disediakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau juga berharap pasukan penyelamat dan keselamatan dapat meneruskan khidmat bakti demi memastikan keselamatan rakyat negeri ini terjaga.

"Saya menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh anda semua. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT melindungi rakyat dan negeri ini daripada sebarang bentuk bencana dan malapetaka," tulis beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang merekodkan peningkatan kepada 700 orang sehingga jam 8 pagi berbanding 606 orang pada petang Isnin.

Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Lipis dan Raub berbanding 13 PPS sebelum ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!