Habuan lumayan buat pemain 'bintang' di Arab Saudi

Karim (kiri) dan Ronaldo beraksi bersama Al Ittihad serta Al Nassr dalam kancah Liga Pro Saudi. Foto Agensi
Karim (kiri) dan Ronaldo beraksi bersama Al Ittihad serta Al Nassr dalam kancah Liga Pro Saudi. Foto Agensi
A
A
A

DURIAN runtuh buat para pemain 'bintang' di Arab Saudi apabila meraih hadiah lumayan termasuk percutian mewah setiap kali perayaan Krismas.

Habuan itu diberikan oleh kelab-kelab ternama sebagai tanda terima kasih kepada para pemain 'kesayangan' mereka.

Kelab-kelab tersebut memberikan kereta mewah termasuk Ferrari SF90 Spider, Bugatti dan Lamborghini, selain jam tangan berjenama mencecah 300,000 pound (RM1.79 juta).

Ketika ini Liga Pro Saudi kian berkembang dan mereka cuba menarik lebih ramai bintang Eropah ke negara Timur Tengah berkenaan.

Langkah tersebut sebahagian usaha pemilik-pemilik kelab untuk 'menjaga hati' bintang sedia ada kekal bersama pasukan.

Hadiah mewah sempena musim perayaan itu menjadi imbuhan terbaik buat bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

Selain kereta, kelab-kelab turut menawarkan pakej percutian mewah ke Paris, London dan kepulauan Maldives kepada pemain serta kakitangan kelab.

Perkara itu didedahkan oleh ejen yang menyediakan pakej percutian kepada kelab-kelab tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Bagi percutian ke Paris, mereka menawarkan percutian seminggu dengan bilik mencecah 15,000 pound (RM89,440) semalaman di Paris Four Seasons Hotel George V,” kata ejen itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!