Sebut ungkapan yang baik dikira sedekah

MENYEBUT perkataan yang baik dikira sebagai sedekah.
MENYEBUT perkataan yang baik dikira sebagai sedekah.
A
A
A

JIKA semua sedar dan tahu bahawa ungkapan yang baik itu ditulis sebagai sedekah oleh ALLAH SWT, pasti ramai berbuat demikian.

Tiada gunanya kita menggunakan perkataan kesat dan menyakitkan hati serta telinga kepada orang lain. Bukan sahaja menimbulkan kemarahan, tetapi akhirnya bibit pergaduhan ataupun bermasam muka mula terjadi.

Lebih baik jika kita menuturkan perkataan baik. Sejuk hati mendengarnya, malah mendamaikan jiwa kita juga.

Ketahuilah bahawa mengungkapkan perkataan yang baik adalah sedekah disebutkan banyak dalam hadis.

Antaranya Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perkataan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah yang melangkahnya kepada masjid adalah sedekah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibn Khuzaimah dan lain-lain)

Menurut pendakwah Ustaz Azhar Idrus, maksud ‘perkataan yang baik adalah sedekah’ ialah Rasulullah SAW telah menyamakan perbuatan tersebut dengan perilaku berinfak.

USTAZ AZHAR IDRUS
USTAZ AZHAR IDRUS

Artikel Berkaitan:

“Maksudnya, berkata perkataan yang baik itu kelebihannya menyamai kelebihan bersedekah kerana apabila seseorang itu melakukan infak daripada hartanya kepada orang lain, maka hati penerimanya akan jadi gembira dan hilang rasa kesusahan.

“Maka seperti itulah juga apabila kita mengucapkan ungkapan baik kepada orang lain. Gembiralah hati orang yang mendengarnya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Penceramah terkemuka itu kemudian menukilkan pandangan Imam al-Hafiz al-Qastallani yang menyatakan: “Bermula erti perkataan yang baik itu sedekah seperti memberikan harta kerana sesungguhnya memberikan seseorang itu harta akan menggembirakan hati orang yang diberi itu dan hilanglah kegusaran di dalam hatinya. Dan seperti demikian itulah perkataan yang baik sebagaimana yang telah berkatanya oleh Imam Ibn Bathhal.” (Kitab Irsyad as-Sari)

Bukan itu sahaja, ujar Ustaz Azhar Idrus lagi, pujian dan zikir serta menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran juga dikira sebagai perkataan baik yang dianggap sebagai sedekah.

“Ini bermakna, seseorang bukan sekadar mendapat pahala sedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik, tetapi juga apabila melakukan perilaku kebaikan,” ungkapnya.

UCAPLAH dengan perkataan yang baik apabila bertemu dengan orang lain.
UCAPLAH dengan perkataan yang baik apabila bertemu dengan orang lain.

Justeru, marilah sama-sama kita lakukan perkara baik. Walaupun kecil pada mata orang lain, tetapi besar nilainya di sisi ALLAH SWT.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!