Jambatan tenggelam, lebih 1,000 penduduk terputus hubungan

Lebih 1,000 penduduk terputus hubungan apabila jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang, Kuala Krai ditenggelami banjir pada Selasa.
Lebih 1,000 penduduk terputus hubungan apabila jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang, Kuala Krai ditenggelami banjir pada Selasa.
A
A
A
KUALA KRAI - Lebih 1,000 penduduk terputus hubungan apabila jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang di sini ditenggelami banjir pada Selasa.

Antara kampung yang terkepung ialah Tanjong Kala, Pasir Jering, Kebun Pisang, Sungai Tasan dan Kuala Pertang.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi, mendapati penduduk terpaksa menggunakan bot sebagai pengangkutan alternatif untuk memudahkan urusan keluar masuk.

ATM membantu penduduk yang ingin menyeberangi Sungai Kuala Pertang, Kuala Krai.
ATM membantu penduduk yang ingin menyeberangi Sungai Kuala Pertang, Kuala Krai.

Pada masa sama, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilihat bertungkus lumus membantu penduduk yang ingin menyeberangi Sungai Kuala Pertang.

Penduduk, Rohadi Yusof, 58, berkata, jambatan tersebut telah ditenggelami banjir sejak Ahad lalu.

"Hari ini (Selasa) air semakin surut, bagaimanapun jambatan masih tidak kelihatan malah arus deras.

"Sudah tiga hari penduduk terputus hubungan. Hendak guna bot, bahaya kerana arus sangat deras," katanya kepada pemberita.

Antara kampung yang terkepung ialah Tanjong Kala, Pasir Jering, Kebun Pisang, Sungai Tasan dan Kuala Pertang.
Antara kampung yang terkepung ialah Tanjong Kala, Pasir Jering, Kebun Pisang, Sungai Tasan dan Kuala Pertang.

Artikel Berkaitan:

Menurut dia, melihat kepada cuaca mendung mereka menjangkakan jambatan itu akan tenggelam selama seminggu.

Katanya, penduduk berharap cuaca akan kembali baik seperti biasa dan banjir surut dengan cepat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!