Duda dicekup bersama isteri orang

Pasangan kekasih yang pada mulanya mengaku sudah bernikah namun berstatus duda dan isteri orang.
Pasangan kekasih yang pada mulanya mengaku sudah bernikah namun berstatus duda dan isteri orang.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sepasang kekasih sanggup mengaku sudah bernikah bagi mengelakkan ditahan penguat kuasa agama ketika Ops Ambang 2020 di sebuah hotel di Bedong awal pagi tadi.

Bagaimanapun, penipuan mereka terbongkar apabila semakan sistem Jabatan Agama Islam Kedah mendapati lelaki berusia lingkungan 40-an dari Alor Setar itu berstatus duda manakala pasangannya yang berusia 30-an dari Baling masih berstatus isteri orang.

Mereka akhirnya mengaku bertemu untuk memadu kasih sempena malam tahun baru dan menempah bilik hotel yang agak terpencil di pinggir bandar itu.

Pegawai Agama Daerah, Syeikh Mohd Noor Ismadi Ismail berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Menurutnya, operasi yang dilakukan di sekitar Sungai Petani, Gurun, Bedong, Semeling dan daerah Kuala Muda itu bermula jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira 5 pagi tadi.

Pasangan kekasih yang ditemui dalam kereta dekat Taman Jubli Perak Sungai Petani.
Pasangan kekasih yang ditemui dalam kereta dekat Taman Jubli Perak Sungai Petani.

"Dalam operasi sama, kita turut menemui pasangan yang mendakwa mahu bertemu saudara angkat.

"Lelaki berkenaan berusia 30-an dari Sungai Lalang manakala pasangannya berusia 20-an dari Ipoh, Perak turut dikenakan tindakan mengikut seksyen yang sama. Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, sepasang kekasih yang berada dalam kereta turut dikenakan tindakan apabila dilihat berkelakuan tidak sopan di tempat letak kereta Taman Jubli Perak.

Mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah yang boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara jika sabit kesalahan.

Ops Ambang 2020 disertai 23 anggota termasuk Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Cawangan Penyiasatan Khas diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin.

Pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam Ops Ambang 2020 pagi tadi.
Pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam Ops Ambang 2020 pagi tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!