Penduduk Kampung Setia Jaya sekali lagi rayu campur tangan kerajaan

Zuraida (duduk, tengah) diundang sebagai jemputan khas bagi membincang isu Kampung Setia Jaya. Gambar kecil: Ismail, Syafiq, Zainal Abidin
Zuraida (duduk, tengah) diundang sebagai jemputan khas bagi membincang isu Kampung Setia Jaya. Gambar kecil: Ismail, Syafiq, Zainal Abidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk Kampung Setia Jaya di sini merayu pemimpin dan kerajaan campur tangan membantu nasib mereka yang akan kehilangan tempat tinggal.

Penduduk terbabit memaklumkan telah menerima arahan mahkamah pada minggu lalu untuk mengosongkan rumah mereka dalam tempoh 18 bulan.

Seorang penduduk, Zainal Abidin Napi, 65, bagaimanapun berkata, mereka memerlukan masa lebih panjang kerana tempoh 18 bulan yang ditetapkan agak singkat.

"Saya harap tempoh dapat dilanjutkan agar perbincangan yang lebih adil dengan semua pihak terlibat dapat dibuat," katanya yang sudah 36 tahun menetap di situ.

Bapa lapan anak itu ditemui selepas sesi perjumpaan penduduk bersama bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin di Kampung Setia Jaya di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Kampung Setia Jaya, Noor Sham Din.

Penduduk mengadakan pertemuan di Dewan UMNO Kampung Setia Jaya pada Selasa.
Penduduk mengadakan pertemuan di Dewan UMNO Kampung Setia Jaya pada Selasa.

Ismail yang juga seorang peniaga ikan itu menegaskan perbincangan lebih adil bersama penduduk perlu dibuat kerana mereka yang tinggal di kawasan itu bukan penceroboh.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ismail Saad, 72, berharap agar mereka diberikan pampasan setimpal susulan arahan mengosongkan rumah mereka.

Menurutnya, pampasan seharusnya diberikan kepada penduduk terbabit seperti dalam bentuk rumah atau wang kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal lain.

"Ada kira-kira 90 veteran tentera di kampung ini, kami bekas tentera namun hanya mampu duduk di kawasan ini jadi kami perlu mempertahankan kampung ini.

"Kalau mereka suruh kami pindah, di mana kami mahu duduk," soal veteran tentera itu sambil menambah beliau tinggal di kampung itu sejak ia mula dibuka sehingga kini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Syafiq Noor Sham, 31, berkata, mereka akan terus membuat rayuan kerana mempunyai hak sebagai penduduk kampung dan sebagai peneroka bandar.

"Saya sebagai generasi ketiga dan mengakui kita kalah di mahkamah namun kita akan membuat rayuan.

"Tempoh 18 bulan untuk mengosongkan Kampung Setia Jaya tidak munasabah melainkan selepas penduduk diberikan rumah seperti yang dijanjikan tuan tanah dalam perjanjian asalnya sebelum ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!