Hujan berterusan di timur Semenanjung
SHAH ALAM- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun berlaku sehingga Rabu, berdasarkan analisis model-model cuaca.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, MetMalaysia menyatakan keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.
Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.
“MetMalaysia juga telah mengemas kini amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan Terengganu, Pahang dan Johor serta amaran angin kencang dan laut bergelora berkuat kuasa sehingga 27 Disember,” katanya.
Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!