Dijel tiga bulan kerana curi dua tin arak, makanan Jepun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana mencuri dua tin arak dan pelbagai jenis makanan Jepun bernilai RM189.90 di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, semalam.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Kin Young, 48, selepas dia mengaku bersalah mencuri barang-barang itu di sebuah kedai di Lot 10 Shopping Centre, Jalan Sultan Ismail, di sini pada 4 petang, 25 Disember.

Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu yang diwakili peguam Simret Bedh Singh Sharma dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh tidak bekerja dan mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh. - Bernama.
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!