Jalan Tanjong Karang menghala Sekinchan dilimpahi air pasang besar

Sebuah kenderaan meredah banjir akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar di Jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan pada Selasa.
Sebuah kenderaan meredah banjir akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar di Jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Fenomena air pasang besar mengakibatkan Jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan dilimpahi air pada Selasa.

Limpahan dipercayai sejak jam 6.45 petang itu berikutan hujan berterusan disusuli pertembungan fenomena air pasang besar.

Rakaman tular berdurasi 25 saat di Facebook menunjukkan sebuah van terperangkap, manakala beberapa kenderaan meredah arus banjir yang melimpahi jalan.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Rashid Shahri memberitahu, kejadian air melimpah ke jalan itu berlaku di hadapan sebuah premis perkakas rumah.

Sebuah van terperangkap banjir di hadapan sebuah premis perkakas rumah.
Sebuah van terperangkap banjir di hadapan sebuah premis perkakas rumah.

Menerusi ruangan komen juga, pemilik akaun dengan nama SJ AG memberitahu, selain banjir di laluan utama itu, air turut memasuki kediaman penduduk di Taman Padi Emas.

"Rumah saya di Taman Padi Emas air masuk dari depan dan belakang. Sudah buat aduan, tapi tak ada tindakan," katanya.

Sinar Harian difahamkan, setakat jam 8.20 malam Selasa, keadaan paras air di laluan itu masih belum surut.

Artikel Berkaitan:

Jalan Persekutuan di Tanjong Karang menghala ke Sekinchan sering dilimpahi air jika berlakunya hujan lebat disusuli fenomena air pasang besar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!