Dosa 'mahal' di lapangan terbang
NEW DELHI - Seorang netizen baru-baru ini mempersoalkan bagaimana makanan tradisi India, Masala Dosa dijual dengan harga 600 rupee (RM33) sekeping di sebuah lapangan terbang di India berbanding harga biasa sekitar 50 rupee (RM2.70).
Masala Dosa atau thosai adalah makanan mudah didapati di seluruh kedai makan di India manakala di Malaysia ia boleh didapati di kedai-kedai mamak.
Namun, pendedahan harga terbaharu itu mencetuskan debat di kalangan netizen India yang mempersoalkan mengapa makanan tradisi itu dijual dengan harga melambung tinggi.
Video itu dikongi oleh seorang pengguna di Instragram, Chef Don India.
Dalam klip video itu, kelihatan seorang chef membuat Dosa dan kemudian kamera merakamkan paparan menu di paparan menu berkomputer dalam sebuah restoran.
Harga Masala Dosa dengan susu mentega sebanyak 600 rupee manakala Benne Khali Dosa dijual 620 rupee (RM34.60) sekeping.
"Jika pelanggan memesan minuman lassi atau kopi dan dosa, kos akan meningkat lagi.
"Nampaknya, emas lebih murah dari dosa di Lapangan Terbang Mumbai," kata seorang pengguna di akaun Instagram.
Seorang lagi netizen 'mensekolahkan' pengkritik lain kerana harga dosa mahal disebabkan mengambil kira kos operasi di lapangann kapal terbang tempat tumpuan pelancong itu.
"Anda membayar untuk kos operasi, infrastruktur, kemudahan, sewa tinggi, keselamatan, cukai, utiliti, penyelenggaraan yang tinggi.
"Ia sememangnya harga tinggi kerana bukan gerai di jalanan di mana anda boleh memanggilnya sebagai chhotu dan sebagainya. Anda menggunakan bukan sahaja makanan tetapi semua perkhidmatan ini dan perlu membayar untuk mereka," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!