Peperangan akan diteruskan dalam beberapa bulan - Israel

Mayat rakyat Palestin yang terbunuh di utara Gaza dikebumikan dalam kubur besar di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa. - Foto AFP
Mayat rakyat Palestin yang terbunuh di utara Gaza dikebumikan dalam kubur besar di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Perang Israel terhadap Hamas di Gaza mungkin akan berterusan selama beberapa bulan, kata ketua tentera negara haram itu, Herzi Halevi pada Selasa.

Israel juga jelasnya, akan menggunakan kaedah berbeza untuk mencapai segala matlamat terkait dengan peperangan berkenaan termasuk untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas.

Tambah Herzi, pendekatan berbeza juga akan diambil oleh Israel demi mengekalkan apa yang disifatkan sebagai pencapaian mereka sejak konflik meletus pada 7 Oktober 2023.

"Perang ini mempunyai matlamat yang perlu dan bukan mudah untuk dicapai, ia berlaku di wilayah yang kompleks.

"Oleh itu perang akan berterusan selama beberapa bulan dan kami akan menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengekalkan pencapaian kami untuk masa yang lama," katanya.

Jelasnya lagi, Israel akan komited untuk menghapuskan Hamas, meskipun ia memakan masa berbulan-bulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa juga berikrar bahawa negara haram itu tidak akan menghentikan peperangan ini sehingga tidak mencapai matlamatnya.

Beliau juga berikrar bahawa situasi pada 7 Oktober lalu tidak akan berulang semula.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, Israel telah mengepung dan memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian orang awam Palestin akibat pengeboman oleh Israel kini sudah mencapai 21,000 nyawa terkorban. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!