Peniaga guna pelepah kelapa tahan arus banjir

Fadilah menggunakan botol plastik dan pelepah kelapa untuk membina penghadang arus.
Fadilah menggunakan botol plastik dan pelepah kelapa untuk membina penghadang arus.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang peniaga membina penghadang menggunakan pelepah kelapa, papan dan botol plastik bagi mengurangkan impak arus deras banjir daripada menghempas pintu rumah kedainya di Kampung Siram dekat sini pada Rabu.

Ibu tunggal, Fadilah Mohd Noor, 44, berkata, dia membina penghadang itu apabila air naik hingga ke paras 0.5 meter sejak petang Selasa.

Menurutnya, perniagaan kedai runcit bersama warung makanan pagi yang diusahakan itu terletak di tepi jalan lama Rantau Panjang-Pasir Mas dan sentiasa terkesan setiap kali musim tengkujuh apabila bot melalui kawasan tersebut.

“Banjir ini berpunca daripada hujan dan limpahan Sungai Golok yang berarus deras ditambah pula apabila bot-bot penyelamat serta penduduk melalui kawasan ini.

“Jadi, dengan adanya binaan ini dapat mengurangkan kesan air menghempas pintu kedai seterusnya menggelakkan kerosakan lebih teruk,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Fadilah (kanan) mengakui setiap kali musim tengkujuh kedai runcitnya sentiasa dilanda banjir selain terpaksa mengeluarkan modal sehingga RM4,000 bagi membaiki kerosakan.
Fadilah (kanan) mengakui setiap kali musim tengkujuh kedai runcitnya sentiasa dilanda banjir selain terpaksa mengeluarkan modal sehingga RM4,000 bagi membaiki kerosakan.

Fadilah berkata, selain penghadang itu, dia juga meletakkan pelbagai barangan seperti meja di bahagian dalam belakang pintu kedai bagi menambah kekuatan menghadang arus.

“Pintu besi ini pecah setiap tahun kerana banjir dan saya perlu mengeluarkan modal sehingga RM4,000 jika pintu ini rosak.

Artikel Berkaitan:

“Barangan kedai runcit saya juga ada yang tidak dapat diselamatkan manakala sebahagiannya sudah dialih ke tempat tinggi,” katanya.

Tambah Fadilah, keadaan banjir di kampung tersebut berlaku setiap tahun dan paling teruk pada tahun 2014 apabila air naik hingga ke paras semeter.

“Air ini biasanya akan mengambil masa hingga seminggu untuk surut dan saya perlu menunggu keadaan pulih sepenuhnya sebelum dapat kembali berniaga,” katanya.

@sinarharianonline

Seorang peniaga membina penghadang menggunakan pelepah kelapa, papan dan botol plastik bagi mengurangkan impak arus deras banjir daripada menghempas pintu rumah kedainya di Kampung Siram, Rantau Panjang pada Rabu. Ibu tunggal, Fadilah Mohd Noor, 44, memberitahu membina penghadang itu apabila air naik hingga ke paras 0.5 meter sejak petang Selasa. #SinarHarian #SinarTerkini #PelepahKelapa #Banjir #RantauPanjang

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!