Segamat daerah terbaharu di Johor terjejas banjir

Mangsa banjir yang berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin. - Foto APM Johor
Mangsa banjir yang berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin. - Foto APM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Segamat menjadi daerah terbaharu terjejas banjir di negeri ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kini seramai 108 orang daripada 30 keluarga setakat jam 2 petang pada Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan daerah Segamat dan Mersing.

"Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga ditempatkan di dua PPS di Segamat yang dibuka pada jam 2 petang Rabu. Mereka terdiri daripada 17 mangsa di PPS Balairaya Kampung Batu Badak dan lapan mangsa di PPS Balairaya Kampung Jabi.

Kanak-kanak sedang menjamu selera ketika berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin. - Foto APM Johor
Kanak-kanak sedang menjamu selera ketika berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin. - Foto APM Johor

"Sementara di Mersing pula, jumlah mangsa banjir tidak berubah. Seramai 83 keluarga daripada 25 keluarga dari Kampung Orang Asli Peta kini berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin yang dibuka sejak petang Selasa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, laluan untuk ke Kampung Orang Asli Peta juga terputus hubungan.

Sementara paras sungai utama di negeri ini juga menunjukkan trend meningkat dengan Sungai Sayong di Kulai melebihi paras bahaya dengan bacaan 18.19 meter.

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir yang berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin. - Foto APM Johor
Mangsa banjir yang berlindung di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin. - Foto APM Johor

Selain itu, Sungai Skudai di Johor Bahru dan Sungai Lenik di Segamat pada paras amaran iaitu 0.60 m dan 5.62m, manakala dua sungai di Batu Pahat pada paras waspada iaitu Sungai Simpang Kanan (1.70 m) dan Sungai Sembrong (2.01 m).

Araman hujan berterusan bagi daerah Kluang, Kulai, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga Khamis turut dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!