Throwback 2023: Gemilang, cemerlang sepanjang tahun

No Image Caption
A
A
A

BERIKUT adalah imbasan kejayaan negara berlaku sepanjang tahun 2023.

31 JANUARI

Les' Copaque popular di YouTube

Saluran YouTube Les’ Copaque yang mempunyai 16.7 juta langganan meraih Anugerah Diamond Play Button daripada platform penstri-man video yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kejayaan itu menjadikan Les’ Copaque yang popular dengan watak kartun Upin & Ipin sebagai saluran YouTube tempatan pertama mencapai 10 juta langganan.

11 MAC

Ras Adiba antara 11 wanita berani

Konsisten dalam menegakkan hak asasi manusia menerusi pelbagai platform, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi antara 11 wanita yang terpilih menerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) 2023 di Rumah Putih, Amerika Syarikat daripada 60 calon di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

13 MAC

Anak Malaysia pertama menang Oscar

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, melakar sejarah menjadi anak Malaysia pertama memenangi anugerah berprestij Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Beliau diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once, sekali gus aktres Asia pertama yang menggenggam trofi berprestij tersebut.

3 MEI

Julea Qiestyna raih markah ACCA kedua tertinggi di dunia

Pelajar semester kedua ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perak itu mengharumkan nama negara selepas meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Rakaman Transaksi Kewangan (FA1), sesi Mac 2023. Tidak sekadar itu, markah 98 daripada 100 yang diperoleh Julea Qiestyna juga kedua tertinggi di dunia bagi sesi Mac 2023.

26 MEI

Tun M terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aeroangkasa Global IBR 2023 yang julung diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).

16 JUN

Azizulhasni kekal raja pecut Asia

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya apabila memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional.

1 APRIL

Malaysia raih komitmen pelaburan tertinggi dari China

Negara berjaya meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) dan rakan sejawatannya dari China, Qin Gang (kanan)
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) dan rakan sejawatannya dari China, Qin Gang (kanan)

19 JULAI

Malaysia terbaik indeks peralihan tenaga WEF

Malaysia telah diiktiraf sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF). Indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.

31 JULAI

Rekod smash paling laju dunia

Pemain badminton wanita negara, Pearly Tan mencatat rekod smash paling laju dunia iaitu 438 kilometer sejam (km/j), sekali gus mencatat namanya dalam Rekod Dunia Guinness.

25 OGOS

OKU penglihatan muncul johan qari

Peserta dari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan muncul sebagai Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63.18 SEPTEMBERMurid 11 tahun menang anugerah antarabangsa

Inovasi makanan haiwan membolehkan Maryam Muzamir dari Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan merangkul tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta di Toronto, Kanada. Produk dinamakan Yam 2.0 itu dipertandingkan sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021.

19 SEPTEMBER

Pensyarah UPM raih pingat emas AMPT 2023

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Ir Dr Mohd Sapuan Salit @ Sinon merupakan penerima pertama dari Malaysia yang meraih pingat emas antarabangsa William Johnson pada Persidangan Advances of Materials Processing Technologies Conference (AMPT 2023).

Mohd Sapuan (kanan) mengharumkan nama negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama meraih pingat emas antarabangsa William Johnson dalam AMPT 2023.
Mohd Sapuan (kanan) mengharumkan nama negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama meraih pingat emas antarabangsa William Johnson dalam AMPT 2023.

24 OKTOBER

Latif 'terbang tinggi' raih emas di Hangzhou

Jaguh lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan emas keempat buat kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, sekali gus melengkapkan koleksi kilauan pingat ketiga berturut-turutnya di temasya empat tahun sekali itu pada Oktober lalu.

9 DISEMBER

‘36 saat’ Jojo tumbangkan juara WBC

Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika, 17, hanya memerlukan 36 saat untuk muncul juara kategori catchweight MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023 di Bangkok, Thailand pada Disember lepas. Dikenali sebagai Jojo, beliau menumbangkan pencabar dari Mexico yang juga merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares secara knockout (KO).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!