Penjual keropok lekor miliki rumah sendiri dengan Shopee Live

Muhammad Faizz membungkus secara langsung melalui siri Packing Secara Live di Shopee Live Keropok Mfaizz
Muhammad Faizz membungkus secara langsung melalui siri Packing Secara Live di Shopee Live Keropok Mfaizz
A
A
A

SHAH ALAM - Pemilik dan usahawan keropok lekor dari Terengganu, Muhammad Faizz Pausan Arif yang pemilik jenama Keropok Mfaizz, menjadi salah seorang penjual terbaik Shopee Live luar bandar yang telah memecah rekod dengan lebih RM500,000 keropok lekor terjual dalam masa tiga bulan.

Setiap jam 8 pagi di Shopee Live, Muhammad Faizz merupakan penjual yang ditunggu-tunggu penonton untuk menyaksikan dia membungkus keropok untuk penghantaran segera dalam siri ‘Packing Secara Live’.

Anak muda itu kini memiliki kilang sendiri dan memproses satu tan daging ikan setiap hari berkata, dia merancang untuk menambah kapasiti pengeluaran tambahan untuk memenuhi permintaan pelanggan strim langsung.

“Saya amat gembira kerana Shopee Live telah mengubah hidup saya sebelum ini, saya tinggal bersama ibu dan jualan saya terhad dengan pelanggan yang boleh datang ke kedai luar talian saya.

“Dengan Shopee Live, saya berjaya membina rumah sendiri, memiliki aset sendiri, dan sekarang saya mampu untuk menanggung keluarga saya,” katanya.

Menurutnya, isi kandungan semasa siaran langsung adalah amat penting untuk menarik pelanggan.

“Berdasarkan pengalaman saya, penonton mudah bosan dengan jenis isi kandungan yang sama, jadi saya selalu mencuba cara baharu untuk meningkatkan keterlibatan mereka.

“Saya pernah buat isi kandungan secara langsung tentang bagaimana untuk membuat keropok, dan saya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan sebelum jumlah tonton menurun.

Artikel Berkaitan:

“Kemudian, saya buat promo beli lima bungkusan keropok lekor dan dapatkan sos cili buatan sendiri percuma, tetapi jualan masih kurang memberangsangkan. Apabila saya cuma buat kandungan dengan hanya menunjuk produk yang saya ada, saya kehilangan penonton dan jualan.

“Setelah saya membuat kandungan ‘Packing secara Live’ saya memecah rekod jualan ketika 11.11 baru-baru ini kerana pelanggan suka melihat produk mereka dibungkus secara langsung dan bersedia untuk dihantar. Saya sentiasa mencari idea baharu untuk membuat isi kandungan baharu,” katanya.

Staf Keropok Mfaizz
Staf Keropok Mfaizz

Muhammad Faizz adalah salah seorang penjual yang lebih menonjol daripada penjual strim langsung yang lain dengan memilih slot 8 pagi di Shopee Live.

“Rakyat Malaysia suka makan keropok lekor yang segar, jadi saya tunjuk penonton di waktu pagi bagaimana saya campur 20 kg daging ikan selayang tanpa tulang dengan 10 kg tepung sagu, kemudian goreng dengan ramuan sedap lain secara langsung sehingga ianya separuh masak.

“Kemudian saya pek vakum bungkusan untuk kurier mengambilnya pada waktu tengah hari. Apabila pelanggan menerima bungkusan dalam masa dua hari, mereka boleh menggorengnya sekali lagi untuk makan,”katanya.

Kebanyakan pesaing Muhammad Faizz di Terengganu merupakan penjual keropok luar talian yang terpaksa menunggu sehingga waktu cuti sekolah untuk melihat hasil jualan yang lebih memberangsangkan.

Namun Muhammad Faizz memilih untuk berniaga secara dalam talian dan telah menjual lebih 18,000 pesanan kepada pelanggan seluruh negara sejak menyertai Shopee Live pada Mac 2023.

Yakin dengan platform dalam talian, Muhammad Faizz beraspirasi untuk pergi lebih jauh dan menjadi peniaga keropok dalam talian terbaik di Malaysia.

“Dengan jumlah trafik yang tinggi dan kadar pertukaran aktiviti pembelian yang tinggi, saya boleh jimat kos pemasaran di Shopee Live.

“Rancangan saya adalah untuk tambah sesi Shopee Live, tambah kapasiti pengeluaran dan mesin, jadi saya boleh berstrim langsung dengan lebih lama, dan mengambil hos yang boleh mengganti saya bila perlu,”katanya.

Kejayaan Muhammad Faizz terbukti memberi ilmu kepada penduduk tempatan dimana dia mendapatkan bekalan daging ikan dari nelayan di Terengganu untuk membuat keropok lekor, keropok ikan putih dan keropok segera.

Terkini, dia telah mengambil 25 pekerja dari komunitinya untuk membantu proses pengeluaran dan pembungkusan dan turut memberi motivasi kepada empat adik-beradiknya yang juga penjual keropok untuk meniaga dalam talian.

Mulakan Tahun Baru ada dengan banyak baucar percuma untuk semua, diskaun hebat, dan hadiah menarik untuk dimenangi - eksklusif di Shopee Live! Jangan ketinggalan, layari https://shopee.com.my/m/live-viewer-hub?utm_content=21SH9Y9kygz3uvzYkKw5396MkXfM sekarang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!