Laungan takbir pertahan jawi di Masjid Jamek

Peserta mengangkat pelbagai sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pihak yang membantah jawi.
Peserta mengangkat pelbagai sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pihak yang membantah jawi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laungan takbir membuka tirai 2020 pada waktu tengah hari di kawasan sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Kalimat keramat itu dilaungkan sebahagian peserta Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong di sini hari ini.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, ratusan orang berbaju putih sudah mula berkumpul di sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Mereka kemudiannya menunaikan solat jemaah di Masjid Jamek Kuala Lumpur sebelum berkumpul di luar masjid.

Kelihatan beberapa sepanduk yang turut ditulis dengan tulisan jawi diangkat peserta perhimpunan.

Antara tulisan tertera ialah Haramkan Dong Zong, Rakyat Bangkit Pertahan Jawi, Pertahan Watisan Bangsa, Anak Muda Bangkit dan Hidup Jawi.

Difahamkan, selepas ini kumpulan ini akan bergerak ke pasar raya Sogo dan menyambung perhimpunan di sana.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!