Pemuda Amanah gerakkan Jentera Ops Banjir

Antara barangan sumbangan pasar raya Econsave yang diedarkan melalui Pemuda Amanah kepada mangsa banjir di pantai timur.
Antara barangan sumbangan pasar raya Econsave yang diedarkan melalui Pemuda Amanah kepada mangsa banjir di pantai timur.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menggerakkan Jentera Ops Banjir Pemuda AMANAH ke Kelantan dan Terengganu bagi menyampaikan sumbangan tenaga dan barangan.

Naib Ketua Pemudanya, Jeming Hassan berkata, bagaimanapun Kelantan ketika ini masih belum sesuai diadakan program gotong-royong kerana paras air masih tinggi.

"Kami sedang fokus untuk menyampaikan sumbangan barangan asas seperti air mineral, lampin pakai buang dan selimut kepada pusat pemindahan sementara (PPS).

"Selain itu, hari ini kami juga menggerakkan kumpulan untuk menyampaikan sumbangan makanan dan minuman ke rumah yang terkepung dalam banjir," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Pekerja pasar raya Econsave sedang mengangkut barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Pekerja pasar raya Econsave sedang mengangkut barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, mereka juga akan membuka pusat pengumpulan barangan untuk diagih kepada mangsa banjir.

"Kita memerlukan sumbangan segera barangan asas seperti selimut, air mineral dan juga lampin pakai buang.

"Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan terus kepada akaun Pemuda Amanah Nasional menerusi akaun Maybank (5628 3464 3637) rujukan 'Bantuan Banjir 2023' atau hubungi saya di talian 019-987 7623," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!