Penduduk gusar beruang masuk kampung

Mohd Azmi menunjukkan tong berisi makanan kucing yang berlubang kesan kuku beruang yang diselongkar haiwan buas itu di dalam stor belakang rumah di Kampung Padang Tapong pada Isnin malam. - Foto Bernama
Mohd Azmi menunjukkan tong berisi makanan kucing yang berlubang kesan kuku beruang yang diselongkar haiwan buas itu di dalam stor belakang rumah di Kampung Padang Tapong pada Isnin malam. - Foto Bernama
A
A
A

JERTIH - Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.

Mohd Azmi Nazir, 43, berkata, dia mendapati beruang bersaiz besar dengan kuku yang panjang itu berada di belakang rumahnya pada jam 10.30 malam sebaik dia pulang dari rumah ibunya yang terletak di kampung sama.

"Sebaik saya sampai di rumah dengan menaiki kereta bersama isteri dan dua anak saya yang berusia setahun dan tiga tahun, saya terdengar bunyi sesuatu di stor belakang rumah. Saya terkejut sebaik menyuluh ke arah stor tersebut, saya nampak dengan jelas seekor beruang berkuku panjang sedang menyelongkar tong berisi makanan kucing yang disimpan di situ.

"Beruang tersebut tidak menghiraukan saya sebaliknya ia terus makan makanan kucing tersebut sehingga habis,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya hari ini.

Mohd Azmi menunjukkan arah beruang melarikan diri melalui kawasan tanaman labu fetigasi di tepi rumahnya di Kampung Padang Tapong pada Isnin malam. - Foto Bernama
Mohd Azmi menunjukkan arah beruang melarikan diri melalui kawasan tanaman labu fetigasi di tepi rumahnya di Kampung Padang Tapong pada Isnin malam. - Foto Bernama

Beliau berkata, sebaik sahaja melihat kelibat beruang dewasa itu dia terus meluru masuk ke dalam rumah kerana bimbang keselamatan diri.

Mohd Azmi berkata, dia kemudiannya hanya memerhatikan beruang itu melalui tingkap rumah sebelum haiwan itu dilihat meninggalkan kawasan rumahnya kira-kira 10 minit kemudian.

"Beruang itu seolah-olah tidak takut kepada manusia dan ia berjalan perlahan sahaja keluar ke atas jalan di depan rumah saya walaupun ia menyedari kehadiran saya.

Artikel Berkaitan:

"Haiwan itu bukan melarikan diri memasuki semak berhampiran sebaliknya menghala ke arah rumah penduduk lain dan saya segera menghubungi jiran-jiran pada malam itu agar berwaspada,” katanya.

Mohd Azmi berkata, melihat kemunculan haiwan buas di kawasan rumah penduduk adalah pengalaman pertamanya sejak tinggal di kampung itu lebih empat tahun lepas.

Selama ini katanya, penduduk hanya terserempak dengan beruang di dalam kebun atau hutan berhampiran kampung itu sahaja.

Sehubungan itu, dia berharap agar pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan penduduk. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!