Ramasamy saman Zakir Naik

Zakir (kiri), Ramasamy
Zakir (kiri), Ramasamy
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy telah memfailkan saman fitnah terhadap penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik yang mendakwa beliau sebagai ‘musuh terbesar Islam’.

Memetik laporan FMT, tuntutan saman terbabit difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu dan beliau memohon ganti rugi termasuk faedah dan relief lain.

Menurutnya, Zakir mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau dalam ceramah di Sokoto, Nigeria pada 2 November lalu.

Ramasamy berkata, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November 2023 di Facebook miliknya yang mempunyai kira-kira 23 juta pengikut.

Susulan itu, beliau telah meminta Zakir mengeluarkan semua siaran ucapannya daripada platform Facebook dan juga media sosial yang lain.

“Saya menuntut permohonan maaf tanpa syarat dan kenyataan kesal yang disiarkan di beberapa akhbar sekiranya mahkamah membenarkan proses saman.

“Ucapan ini telah diikuti secara meluas di seluruh dunia dan pengguna media sosial lain telah berkongsi kandungan berunsur fitnah,” katanya pada Rabu.

Pada 2 November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir kerana mengeluarkan lima kenyataan berbaur fitnah.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, tuduhan Zakir adalah palsu, berbaur fitnah dan dibuat dengan niat jahat seolah-olah membentuk maksud bahawa beliau seorang yang rasis serta anti-Islam.

Sementara itu, Ramasamy berkata, ucapan tersebut telah mencemarkan nama baik beliau di mata masyarakat.

“Perkara ini mendedahkan saya kepada kebencian, cemuhan dan penghinaan,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Pendaftar, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mengarahkan Zakir memfailkan pembelaannya selewat-lewatnya pada 16 Januari 2024.

Ulasnya, Peguam, Shamsher Singh Thind mewakili Ramasamy manakala Meor Hafiz Salehan mewakili Zakir menerusi prosiding dalam talian.

“Ramasamy dijangka memfailkan jawapannya kepada pihak pembelaan pada 9 Februari ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!