Seorang pemandu maut nahas dua lori

Keadaan salah sebuah lori yang terlibat kemalangan. Foto BBP Kluang
Keadaan salah sebuah lori yang terlibat kemalangan. Foto BBP Kluang
A
A
A

KLUANG - Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam nahas melibatkan lori lima tan dan lori satu tan di Talula Hill, Jalan Padang Tembak, Kluang pada Rabu.

Menurut Komandar Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Ridzuan Mohamad Zait, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas berkenaan pada jam 1.42 petang.

"Sejurus menerima panggilan berkenaan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan lapan anggota telah dihantar ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi, didapati nahas berkenaan melibatkan tiga mangsa di mana terdapat dua mangsa tersepit yang merupakan pemandu kedua-dua lori tersebut.

“Kesemua mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas," katanya.

Beliau berkata, salah seorang pemandu lori terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa yang maut kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan sekitar jam 3.04 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!