Operasi pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung esok

Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim. - Foto Bernama
Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain air Sungai Tok Hakim yang melimpah bersama adik dan rakannya di sini petang tadi, ditangguhkan tengah malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, operasi mencari dan menyelamat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan akan disambung semula kira-kira jam 7 pagi esok.

Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim. - Foto Bernama
Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim. - Foto Bernama

"Operasi pada malam ini akan ditangguhkan kerana keadaan gelap dan pokok-pokok di bawah permukaan air terlalu banyak sehingga menyukarkan operasi.

"Operasi mencari dan menyelamat kini dilakukan di permukaan dengan menggunakan bot dalam radius 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas. Esok anggota kita akan lakukan pencarian secara selaman pula,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Rozizah berkata, seramai 82 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Bomba Simpanan (PBS), Polis Diraja Malaysia, pegawai perubatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam operasi itu.

Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim. - Foto Bernama
Anggota bomba dan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim. - Foto Bernama

Terdahulu pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehilangan Muhammad Harraz Ilman pada jam 4.46 petang.

Artikel Berkaitan:

Menurut saksi kejadian, mangsa bersama adik lelakinya Muhammad Firas Wafiy yang berusia sembilan tahun dan seorang rakannya bermain air di lokasi kejadian sejurus selepas waktu Asar, sebelum tergelincir.

Dalam kejadian itu Muhammad Firas Wafiy serta rakannya berjaya diselamatkan, namun mangsa yang dihanyutkan arus deras gagal ditemukan orang awam menyebabkan mereka menghubungi bomba. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!