ICQS Rantau Panjang dibuka semula

Suasana di ICQS Rantau Panjang yang dikongsi pembaca pada pagi Khamis, kelihatan tiada lagi air yang memenuhi kawasan tersebut. Foto Ihsan pembaca
Suasana di ICQS Rantau Panjang yang dikongsi pembaca pada pagi Khamis, kelihatan tiada lagi air yang memenuhi kawasan tersebut. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

RANTAU PANJANG - Operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini dibuka semula kepada orang ramai pada Khamis.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat dalam satu kenyataan memaklumkan pengoperasian semula tersebut selepas ianya ditutup pada Isnin lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan banjir yang melanda Rantau Panjang di sini memaksa urusan di Kompleks ICQS terpaksa ditutup buat sementara waktu.

JIM menerusi Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa pada Isnin.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!