Manchester City kembali di kelompok empat terbaik
PENYANDANG juara Manchester City sekali lagi memberi isyarat mencabar kejuaraan apabila kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton, 3-1 di Stadium Goodison Park pada Khamis.
Bagaimanapun anak buah Pep Guardiola yang masih segar dengan kejayaan merangkul trofi Piala Kelab Dunia di Arab Saudi baru-baru ini terlebih dulu ketinggalan separuh masa pertama hasil jaringan jarak dekat Jack Harrison pada minit ke-29.
Namun separuh masa kedua, City yang sebelum itu kehilangan tempat dalam perlumbaan kejuaraan selepas hanya meraih satu kemenangan dalam enam perlawanan liga kembali ke aksi domestik dengan gaya.
Gol separuh masa kedua Phil Foden (m-53), Julian Alvarez (penalti m-64) sebelum jaringan Bernardo Silva (m-86) mengunci kemenangan ke-11 selepas mengharungi 18 perlawanan liga.
Sabtu ini anak buah Guardiola akan melayan kunjungan Sheffield United di Stadium Etihad sebelum menyingkap kempen Pusingan Ketiga Piala FA menentang Huddersfield Town pada 7 Januari.
LIGA PERDANA INGGERIS
KEPUTUSAN
Chelsea 2-1 Crystal Palace
Brentford 1-4 Wolves
Everton 1-3 Manchester City
JADUAL PERLAWANAN
Jumaat (29 Disember)
Brighton lwn Tottenham Hotspur, 3.30 pagi
Arsenal lwn West Ham United, 4.15 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!