Brighton terlepas khidmat Mitoma

Mitoma - Foto: Agensi
Mitoma - Foto: Agensi
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) Brighton & Hove Albion terpaksa melupakan khidmat pemain tengah Jepun, Kaoru Mitoma dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas dia mengalami kecederaan ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace di Stadium Selhurst Park, Jumaat lalu.

Malah, pengendali The Seagulls, Roberto de Zerbi tidak menolak kemungkinan bekas pemain dari kelab Liga Jepun (Liga-J) Kawasaki Frontale yang tampil 24 perlawanan musim ini terlepas saingan Piala Asia Qatar di Qatar tahun depan.

Pemain berusia 26 tahun tersebut sebelum itu meninggalkan laman The Eagles dengan tongkat dan memakai kasut pelindung.

"Kami kini mempunyai lebih kurang 10 pemain yang mengalami kecederaan, kami juga telah kehilangan Kaoru selama enam minggu.

"Mungkin juga paling cepat empat atau lima minggu. Saya tidak fikir dia boleh bermain di Piala Asia dengan pasukan Jepun pada Januari ini," kata De Zerbi.

Sebagai rekod, Jepun yang diundi dalam kumpulan D Piala Asia Qatar 2023 akan menyingkap kempen berdepan Vietnam (14 Januari), Iraq (19 Januari) sebelum melabuh tirai kumpulan berdepan Indonesia (24 Januari).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!