Lotus’s tunai hajat 300 kanak-kanak
Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel berkata, usaha itu dilaksanakan pihaknya di bawah program Lotus's Playful and Joyful Moments Secret Santa yang dijayakan bersama oleh warga Lotus's dan para pelanggan serta rakan-rakan niaga strategik.
Menurutnya, selain menerima hadiah, kanak-kanak tersebut disambut dengan kemunculan Santa serta menikmati Playdate Lotus’s Playful an Joyful Moments dengan bermain riang bersama jenama terkenal di bawah Mattel seperti Hot Wheels, Matchbox, Polly Pocket dan Scrabble.
"Ramai yang meraikan perayaan bersama keluarga dan orang tersayang. Namun, terdapat juga individu kurang bernasib baik tidak berpeluang menikmati kemeriahan tersebut.
“Justeru, atas semangat #KitakanJiran telah mendorong kami menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak yang mungkin tidak dapat hadiah semena Krismas ini.
“Kami berganding bahu cuba menunaikan hadiah dihajati mereka," katanya kepada Sinar Harian sempena program Lotus's Playful and Joyful Moments Secret Santa di Lotus's Selayang pada Jumaat.
Pada masa sama, turut diraikan dalam program itu ialah Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang, Sweet Care Home Selayang dan Good Samaritan Home Klang.
Sempurnakan hajat
Dalam pada itu, Azliza turut memberitahu, sebanyak lapan cawangan dan ibu pejabat Lotus's telah mengadakan program Lotus's Playful and Joyful Moments Secret Santa bermula 9 Disember lalu sekali gus memeriahkan suasana sambutan Krismas.
"Kami kemudian jemput pelanggan, warga Lotus's serta rakan niaga kami untuk menunaikan hajat tersebut sekali gus.
“Antara hadiah yang dihajati termasuk alat tulis, alat permainan, pakaian dan kasut, skuter serta basikal yang didapatkan dari rangkaian Lotus's dan ada juga dibeli dari luar," jelas beliau.
Masa depan
Dalam perkembangan lain, Azliza tidak menolak kemungkinan akan meneruskan program seumpama itu pada masa depan selaras dengan matlamat Lotus’s yang sentiasa menitikberatkan kebajikan golongan yang memerlukan di negara ini.
“Sambutan ini membuktikan sokongan pelbagai pihak terhadap usaha Lotus’s sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.
“Sebagai sebuah rangkaian pasar raya besar, Lotus’s sentiasa menawarkan pelbagai produk terbaik kepada para pelanggan dengan harga yang berpatutan. Pada masa sama, kita menyumbang semula kepada masyarakat khususnya kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.
Malah, program seumpama itu selari dengan semangat #KitakanJiran yang mahu dipupuk dalam setiap warga kerja supaya dapat memberikan rangsangan dalam pembelajaran berterusan serta impak sosial.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!