Ikan patin RM15 sekilogram laris dalam 4 jam

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli ikan patin dengan harga RM15 sekilogram.
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli ikan patin dengan harga RM15 sekilogram.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penternak di sini terpaksa menjual ikan patin dengan harga RM15 sekilogram selepas sangkar miliknya di Sungai Pahang diserang memerang.

Syed Ismail Syed Abdul Rahim, 47, dari Kampung Teluk Ira di sini berkata, biasanya harga ikan patin dijual dengan harga RM22 hingga RM24 sekilogram.

Namun katanya, dia terpaksa 'menutup mata' dan menawarkan harga murah bagi mengelakkan mengalami kerugian lebih besar.

"Saya sungguh tidak sangka apabila kira-kira 3,000 ikan patin yang dijual habis dalam masa hampir empat jam sahaja.

Syed Ismail
Syed Ismail

"Terkejut juga apabila melihat ramai yang datang membeli," katanya yang mengakui

Syed Ismail berkata, serangan memerang mungkin disebabkan faktor air yang naik dan lima sangkar ikannya terjejas.

"Selain serangan memerang, pengusaha ikan sangkar juga berdepan pelbagai kenaikan terutamanya harga palet di pasaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!