Remaja 14 tahun antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Seramai 229 penunggang dan pembonceng motosikal diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan Sempena Ambang Tahun Baru 2020 di sekitar Ipoh pagi tadi.
Seramai 229 penunggang dan pembonceng motosikal diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan Sempena Ambang Tahun Baru 2020 di sekitar Ipoh pagi tadi.
A
A
A

IPOH - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun antara 12 individu yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan Sempena Ambang Tahun Baru 2020 di sekitar Ipoh pagi tadi.

Remaja berkenaan yang masih bersekolah menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 sendirian sebelum ditahan dalam operasi di Jalan Pasir Putih, Station 18 di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, turut ditahan dalam operasi berkenaan seorang penuntut kolej berusia 18 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang tidak lagi bersekolah.

Menurutnya, kesemua mereka berusia antara 14 hingga 27 tahun ditahan selepas dikesan menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

"Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kesemua 12 motosikal juga telah disita," katanya.

Sebanyak 287 motosikal ditahan untuk pemeriksaan.
Sebanyak 287 motosikal ditahan untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, dalam operasi yang berakhir jam 6 pagi itu, sebanyak 206 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, melanggar lampu merah dan ubah suai motosikal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, daripada 229 penunggang dan pembonceng motosikal yang diperiksa, 12 daripada mereka kesemuanya lelaki didapati positif dadah.

"Tangkapan dilakukan oleh AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!