Lebih 30 sarang kelulut hanyut banjir

Gambar kiri: Rozainah menunjukkan sarang kelulut ditambat di pokok. Gambar kanan: Antara rumah yang masih dinaiki air di Kampung Batu 23.
Gambar kiri: Rozainah menunjukkan sarang kelulut ditambat di pokok. Gambar kanan: Antara rumah yang masih dinaiki air di Kampung Batu 23.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Luluh hati seorang suri rumah apabila lebih 30 sarang kelulut miliknya ditenggelami air susulan banjir melanda kediamannya di Kampung Batu 23, di sini.

Rozainah Jusoh, 52, berkata, meskipun sarang kelulut tersebut sudah ditambat di pokok, namun tetap tidak dapat diselamatkan apabila sebahagiannya dihanyutkan air deras.

"Saya tambat sarang kelulut itu di pokok tetapi air naik begitu tinggi dan deras namun tetap hilang ditelan air deras.

"Sebelum ini ada lebih 50 sarang kelulut tetapi kini hanya tinggal berbelas sarang sahaja yang tinggal dan selamat.

"Memang rasa sedih sebab sudah ikat sarang kelulut itu di tempat tinggi tetapi disebabkan air naik sehingga paras enam meter dan laju menyebabkan ada sebahagiannya dihanyutkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediaman di Kampung Batu 23 dekat sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rozainah berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM12,000 akibat kehilangan sarang kelulut tersebut.

Antara sarang kelulut milik Rozainah ditambat di pokok yang masih terselamat
Antara sarang kelulut milik Rozainah ditambat di pokok yang masih terselamat

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana masih ada sarang yang dapat diselamatkan walaupun sebahagian besarnya dihanyutkan banjir.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Kampung Batu 23 mendapati laluan sebelum menyeberang jambatan di kampung tersebut masih dinaiki air selain beberapa kediaman di sekitar masih dilanda banjir termenung.

Sementara itu, Rozainah menyatakan, dia masih trauma dengan kejadian banjir besar pada tahun lepas sehingga menenggelamkan rumahnya sekali gus menyebabkan kerugian sehingga RM50,000.

"Pada tahun ini saya lebih berhati-hati dengan meletakkan barangan di kedudukan lebih tinggi.

"Kita bina para menempatkan barangan rumah termasuk mesin basuh, peti sejuk dan almari.

"Banjir berlaku pada Isnin lepas menyebabkan air dinaiki sehingga paras enam meter, namun tidak lagi cecah para yang menempatkan barangan rumah tersebut.

"Alhamdulillah... saya bersyukur ada barang yang terselamat cuma masih lagi dalam langkah berjaga-jaga sebab takut kejadian pada tahun lepas berulang kembali," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!