Lelaki Orang Asli lemas di Tasik Biru Kundang

Mayat seorang lelaki Orang Asli ditemui lemas di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Khamis. - Foto Bomba Selangor
Mayat seorang lelaki Orang Asli ditemui lemas di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Khamis. - Foto Bomba Selangor
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki Orang Asli ditemukan maut selepas lemas ketika mandi bersama rakannya di Tasik Biru Kundang di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.32 petang.

Bomba menjalankan operasi mencari mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Khamis. - Foto Bomba Selangor
Bomba menjalankan operasi mencari mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Khamis. - Foto Bomba Selangor

Katanya, mayat mangsa dijumpai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bomba pada jam 6.10 petang pada jarak 10 meter dari lokasinya dilapor hilang.

"Mayat mangsa ditemui di kedalaman empat meter.

Mayat seorang lelaki ditemui lemas di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Khamis. - Foto Bomba Selangor
Mayat seorang lelaki ditemui lemas di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Khamis. - Foto Bomba Selangor
Artikel Berkaitan:

"Mangsa dikenali sebagai Azman Jus berusia 34 tahun. Mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!