Minnesota United pinjamkan Bristow ke Stockport County

Bristow. Foto Agensi
Bristow. Foto Agensi
A
A
A

GERGASI Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) Minnesota United FC meminjamkan pemain pertahanan Ethan Bristow kepada kelab Inggeris, Stockport County FC untuk musim 2024.

Namun pemain berusia 22 itu boleh dipanggil semula pada bila-bila masa semasa pinjaman di bawah syarat perjanjian yang diumumkan pada Jumaat.

Bristow membuat penampilan sulung MLS pada 2023, muncul dalam sembilan perlawanan (enam aksi permulaan) untuk Loons.

Sebagai rekod, Stockport County bersaing dalam Divisyen Dua yang merupakan saingan peringkat keempat bola sepak Inggeris.

Bristow sebelum ini bermain bersama Tranmere Rovers (2022-23) dan Reading (2020-22).

Perpindahan ini menyaksikan bermula slot senarai perpindahan antarabangsa untuk Minnesota, yang membuka musim 2024 pada 24 Februari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!