Misbun 'gasak' pemain Thailand datang latihan jam 4.30 pagi

Tiga pemain remaja Thailand berjalan kaki menuju ke gelanggang latihan. Foto: FB Nusa Mahsuri
Tiga pemain remaja Thailand berjalan kaki menuju ke gelanggang latihan. Foto: FB Nusa Mahsuri
A
A
A

CORAK latihan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek bukan biasa-biasa apabila anak didiknya wajib bangun awal pagi ketika orang lain masih lena diulit mimpi.

Misbun (dua dari kanan) memberi taklimat sebelum menjalani latihan pada Jumaat. Foto FB Nusa Mahsuri
Misbun (dua dari kanan) memberi taklimat sebelum menjalani latihan pada Jumaat. Foto FB Nusa Mahsuri

Senario tersebut menjadi rutin buat mana-mana pemain yang mahu mengorek ilmu jurulatih berusia 63 tahun itu.

Namun, alah bisa, tegal biasa jika ia sudah menjadi rutin tidak menjadi kesukaran lagi, malah ia menjadi pengalaman berharga buat mana-mana pemain yang pernah mendapat didikan Misbun.

Ia dibuktikan oleh tiga pemain remaja Thailand yang sanggup bersengkang mata bangun awal pagi demi menagih sentuhan ilmu lagenda itu.

Perkara itu dikongsi menerusi laman sosial kelab badminton Nusa Mahsuri pada Jumaat.

"Seawal jam 4.30 pagi, Punnatat Prempunpong, Nuttanon Maku dan Tonkid Saeheng setakat hari ini (Jumaat) tidak pernah gagal hadir menjalani latihan.

"Malah mereka semakin berkobar-kobar apabila memperolehi ilmu baharu di gelanggang yang disediakan oleh Misbun," catat Nusa Mahsuri menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Misbun meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas badan induk itu pada 28 Julai lalu memutuskan untuk menamatkan kontraknya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

Keputusan tersebut berkuatkuasa 1 Ogos selepas mesyuarat jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan dibantu Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berbanding kontrak asal Misbun berakhir hujung Disember.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!