'Sempat tunai hajat anak' - Wartawan meninggal dunia di London kerana sel kanser merebak

Allahyarhamah Fiza Kamaruddin merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.
Allahyarhamah Fiza Kamaruddin merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.
A
A
A

WARTAWAN hiburan, Fiza Kamarudin, 40, yang terdahulu kritikal dan tidak sedarkan diri di London disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia).

Adiknya Siti Nor Hazlinda, 39, berkata pendarahan otak itu disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan Allahyarham rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Percutian ke London adalah hajat terakhir Fiza bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq,10 dan Raisya Hannah, 8.
Percutian ke London adalah hajat terakhir Fiza bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq,10 dan Raisya Hannah, 8.

Kejadian berlaku beberapa jam sebelum mereka sekeluarga berlepas pulang ke tanah air.

MENURUT SITI NOR HAZLINDA, PERCUTIAN KE LONDON ADALAH HAJAT TERAKHIR FIZA BAGI MERAIKAN KEDUA ANAKNYA, RIYADH HAZIQ, 10, DAN RAISYA HANNAH, 8.

“Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi arwah cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti. Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak,” katanya.

Ujar Siti Nor Hazlinda, suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli kini dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia di sana untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” katanya.

Allahyarham merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.

Beliau, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember. -Sinarplus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!