Pihak berkuasa serbu premis warga asing di Klang
KLANG - Pihak berkuasa tempatan (PBT) menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.
Menerusi operasi dijalankan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), sebanyak tiga premis diperiksa.
MPK menerusi kenyataan di laman Facebooknya berkata, susulan pemeriksaan itu, pihaknya mengeluarkan tiga notis dan arahan sitaan.
"Pemeriksaan melibatkan tiga premis dan hanya sebuah sahaja berlesen. Dua sitaan di bawah UUK 3 PTPP (MPK) 2007 dan satu sitaan (di bawah) UUK 3 PKPK (MPK) 2013," kata kenyataan di laman sosial itu pada Khamis.
Barang sitaan kemudiannya dihantar ke stor Jabatan Penguatkuasa MPM untuk tindakan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!