MySinar agih RM40,000 bantu ringankan beban mangsa banjir

Muhammad Nasir (kiri) yang turut mengharungi banjir di Kampung Derdap bagi menyampaikan bantuan. Foto SINAR HARIAN
Muhammad Nasir (kiri) yang turut mengharungi banjir di Kampung Derdap bagi menyampaikan bantuan. Foto SINAR HARIAN
A
A
A

TUMPAT - Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) mengagihkan bantuan kewangan sebanyak RM40,000 kepada 400 mangsa yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu pada Monson Timur Laut (MTL) tahun ini.

Penasihat MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, pengagihan bantuan dilakukan hasil sumbangan orang ramai dan ahli-ahli pertubuhan itu menerusi kutipan tabung yang dilancarkan sejak Oktober.

MUHAMMAD NASIR. Foto SINAR HARIAN
MUHAMMAD NASIR. Foto SINAR HARIAN

Kata beliau, proses agihan tersebut masih berjalan dan bermula dengan lokasi paling teruk terjejas banjir di Rantau Panjang dan Tumpat.

“Ini kali kedua agihan dilakukan di negeri ini termasuk di Tumpat bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir dan bantuan seterusnya akan diberikan di Terengganu.

Penduduk menerima agihan bantuan daripada MySinar yang diagihkan oleh Muhammad Nasir (kiri). Foto SINAR HARIAN
Penduduk menerima agihan bantuan daripada MySinar yang diagihkan oleh Muhammad Nasir (kiri). Foto SINAR HARIAN



“MySinar melihat bantuan secara kewangan ini dapat memudahkan mangsa menguruskan perbelanjaan mengikut keperluan masing-masing termasuk boleh digunakan untuk persiapan persekolahan tahun depan,” katanya ketika Program Agihan Bantuan MySinar di Kampung Derdap, di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau yang juga Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, kutipan tabung masih dilakukan dengan sasaran kutipan berjumlah RM100,000 kerana lebih mangsa banjir masih perlu dibantu.

Artikel Berkaitan:

Keadaan banjir melanda Kampung Derdap sejak Rabu.
Keadaan banjir melanda Kampung Derdap sejak Rabu.

Katanya, pihak MySinar amat prihatin terhadap nasib mereka kerana kebanyakan terdiri dalam kalangan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Mereka menghadapi banjir setiap tahun setinggi 0.5 meter hingga tiga meter menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda.

Muhammad Nasir (dua dari kiri) menaiki bot untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Foto SINAR HARIAN
Muhammad Nasir (dua dari kiri) menaiki bot untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Foto SINAR HARIAN

“MySinar terpanggil untuk membantu bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga agihan barangan keperluan dan makanan untuk meringankan bebanan mereka,” katanya.

Sementara itu, buruh, Arifin Awang Chik, 62, berkata, pendapatannya terjejas kerana tidak dapat bekerja kerana kawasan sekitar rumah dinaiki banjir sehingga 0.5 meter sejak Rabu.

Bantuan disampaikan oleh Muhammad Nasir (kiri) kepada penduduk di Kampung Derdap. Foto SINAR HARIAN
Bantuan disampaikan oleh Muhammad Nasir (kiri) kepada penduduk di Kampung Derdap. Foto SINAR HARIAN

“Semua kerja tidak dapat dilaksanakan kerana kawasan banjir di Tumpat ini melibatkan lebih 10 kampung.

“Kami semua berada dalam kawasan banjir seperti lautan hingga menyukarkan segala urusan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!