Jaga tingkah laku, jangan cetus ketegangan

Azran ketika menziarahi seorang warga emas yang juga mangsa kemalangan di Jerimbong di sini.
Azran ketika menziarahi seorang warga emas yang juga mangsa kemalangan di Jerimbong di sini.
A
A
A

JELI - Masyarakat di negara ini seharusnya menjaga tatasusila dan tingkah laku serta tidak mengambil kesempatan di sebalik kecanggihan teknologi untuk menyuarakan pandangan mereka sehingga mencetuskan ketegangan.

Penyelaras PH Parlimen Jeli, Azran Deraman berkata, kebelakangan ini ramai individu tanpa rasa ralat menghina dan mengeluarkan kenyataan kurang sopan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja- raja Melayu sehingga mengabaikan kesan langsung di sebalik tindakan dilakukan.

"Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa, dan semua pihak terutama yang berbangsa Melayu ini sepatutnya menjaga tatasusila serta budi bahasa lebih-lebih lagi apabila melibatkan institusi raja-raja.

"Mereka seharusnya menghormati dan menyanjung Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara serta institusi raja-raja sebagai sebuah institusi yang berdaulat, bukan mempersoal dan mengeluarkan kenyataan sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Azran sebelum itu mengunjungi seorang warga emas yang juga mangsa kemalangan jalan raya di Jerimbong, Kuala Balah di sini.

Azran berkata, kekuatan sesebuah negara termasuk Malaysia adalah bersandarkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Beliau berkata, seharusnya keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong dihormati dan diterima baik semua rakyat tanpa sebarang pertikaian.

Mengulas lanjut, Azran turut menggesa tindakan lebih tegas diambil pihak bertanggungjawab terhadap mana-mana individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja-raja.

Artikel Berkaitan:

"Dalam isu ini kita boleh melihat bagaimana Thailand begitu menjaga kedaulatan institusi di raja mereka dengan mengambil tindakan tegas dan mengenakan hukuman berat kepada individu yang menghina raja mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!