'Bekas abu rokok pun tak boleh ada atas meja makan'

Salah seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan bekas abu rokok yang ditemui dalam sebuah kedai makan di Seremban.
Salah seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan bekas abu rokok yang ditemui dalam sebuah kedai makan di Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menegaskan peniaga tidak dibenarkan meletakkan bekas abu rokok di atas meja selepas penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (sektor kesihatan awam), Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, tinjauan di beberapa premis sekitar Seremban mendapati masih ada pengusaha yang menyediakan bekas abu rokok di atas meja.

Menurut Dr Mohammad Faid, penyediaan bekas itu menggalakkan pengunjung merokok.

"Atas kesalahan itu (meletakkan bekas abu rokok atas meja) pemilik premis dikenakan notis dengan jumlah kompaun RM250," katanya ketika melakukan pemeriksaan di kedai makan sekitar Seremban di sini hari ini.

Beliau berkata, pengusaha premis yang gagal mengawal pengunjung yang ingkar arahan larangan merokok dalam tempat makan boleh menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat aduan dengan menghubungi talian hotline di 0108608949, atau 03-88924530 bagi talian di waktu pejabat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!