Polis masih siasat kes kehilangan Bella

Mila Sharmila
Mila Sharmila
A
A
A

BATU PAHAT - Tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember 2023 lalu akan ditentukan pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada siasatan yang sedang berjalan ketika ini.

“Seperti kenyataan saya sebelum ini, kita telah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun pada 25 Disember 2023 bagi membantu siasatan dan tempoh reman lelaki berkenaan adalah sehingga 30 Disember 2023.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada untuk sambungan reman atau tidak hanya akan diputuskan esok (Sabtu).

“Buat masa ini, siasatan berhubung kes ini masih berterusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ismail berkata demikian bagi mengulas berhubung kehilangan ibu tunggal, dua anak itu sebagaimana yang dilaporkan di media.

Berdasarkan laporan media, wanita berkenaan keluar dari rumahnya di Taman Soga, pada jam 11.50 malam, 14 Disember 2023 lalu menaiki kereta dengan seorang lelaki (dipercayai teman lelakinya) untuk ke sebuah kedai dobi.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas itu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, setakat ini polis juga telah memanggil lima individu melibatkan keluarga serta rakan-rakan wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!