Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

DAP tak campur urusan Islam, cadangan Koo Ham khilaf - Anthony

29 Disember 2023 | TikTok
A
A
A

BULETIN TIKTOK 29 DISEMBER 2023

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam, adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa khas itu.

Menyedari cadangan itu akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam, Anthony menegaskan, perkara itu tidak benar sama sekali, sebaliknya DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati antara satu sama lain dan keharmonian antara agama serta kaum.

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #DAP #Islam #KooHam