Saya tidak tahu menahu isu Langkah Dubai - Razali

Razali
Razali
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan mengaitkan sekumpulan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, isu yang disebut sebagai 'Langkah Dubai' itu tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana ahli Parlimen pembangkang khususnya Bersatu.

“Saya tidak tahu menahu soal itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan sekumpulan ahli Parlimen PN berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut dakwaan tersebut, beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut berada di negara berkenaan bagi melakukan percubaan yang sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!