Festival Seram Buku Prima 2024 janji kelainan

Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dekat sini pada 5 hingga 7 Januari depan. Gambar kecil: Anis Syamila Abdul Halim
Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dekat sini pada 5 hingga 7 Januari depan. Gambar kecil: Anis Syamila Abdul Halim
A
A
A

SHAH ALAM - Festival Seram Buku Prima 2024 masih membuka penyertaan bagi Konvensyen Penulisan Seram dan Thriller kepada orang ramai yang berminat untuk mendapat perkongsian daripada panel berpengalaman.

Pengarah program, Anis Syamila Abdul Halim berkata, secara keseluruhan penyertaan terbuka kepada 150 penyertaan dan setakat ini seramai 100 individu sudah membuat pengesahan.

Pengarah Program Festival Seram Buku Prima 2024, Anis Syamila Abdul Halim
Pengarah Program Festival Seram Buku Prima 2024, Anis Syamila Abdul Halim

“Masih ada kekosongan bagi konvensyen ini dan kami mengalu-alukan lebih ramai untuk mendaftar dan tidak melepaskan peluang bertemu secara lebih dekat bersama panel berpengalaman dalam industri seram.

“Begitu juga bagi slot TikTokers Sembang Seram bersama empat pempengaruh TikTok juga masih ada kekosongan, jadi ini adalah peluang kepada mereka khususnya peminat cerita genre seram,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Terdahulu, Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, dekat sini, bermula 5 hingga 7 Januari depan dengan sasaran 1,000 pengunjung setiap hari.

Pelbagai pameran, reruai, rumah hantu, gerai jualan makanan dan buku seram disediakan kepada pengunjung.

Dalam pada itu, menerusi reruai Sinar Harian iaitu Zon Keras akan mengetengahkan isu misteri, psiko dan thriller yang berlegar dalam kalangan masyarakat termasuk bilik pengakuan serta soal siasat turut disediakan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Anis Syamila berkata, penyertaan peserta bagi pertandingan teater sudah penuh iaitu lapan kumpulan membabitkan beberapa institut pengajian tinggi (IPT) sekitar Lembah Klang.

“Peserta yang mengambil bahagian berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM50 hingga RM1,000 dan hamper mengikut kategori masing-masing.

“Bagi pertandingan teater (berkumpulan), tempat pertama membawa pulang wang tunai RM1000, RM700 (kedua) dan RM500 bagi tempat ketiga,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!