Esplanade Temerloh jadi tumpuan

Esplanade Temerloh menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat sendiri suasana di Sungai Pahang di sini.
Esplanade Temerloh menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat sendiri suasana di Sungai Pahang di sini.
A
A
A

TEMERLOH - Epslanade Temerloh di sini menjadi tumpuan orang ramai berikutan paras air Sungai Pahang yang naik sejak beberapa hari lalu namun mulai surut pada Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lokasi popular itu dipenuhi pelbagai kaum dan peringkat umur untuk melihat suasana paras terkini sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia itu.

Orang ramai mula membanjiri Esplanade Temerloh sejak pagi dan jumlah pengunjung semakin bertambah pada waktu petang.

Keadaan paras air dekat Esplanade Temerloh yang naik sejak beberapa hari lalu dan kelihatab mula surut pada Jumaat.
Keadaan paras air dekat Esplanade Temerloh yang naik sejak beberapa hari lalu dan kelihatab mula surut pada Jumaat.

Bagi seorang suri rumah, Nurfarahana Amira Arif, 26, dia datang bersama anaknya dan saudara-mara ke lokasi tersebut.

Nurfarahana
Nurfarahana

"Sebenarnya secara kebetulan dan singgah sekejap, memang berdebar juga bila tengok keadaan air harapnya cepat surut.

"Saya juga berharap tidak berlaku banjir besar seperti 2021 lalu selepas banyak yang terjejas dalam bencana alam tersebut," katanya yang berasal dari Mentakab di sini.

Artikel Berkaitan:

Seorang pekerja swasta, Qhairi Saindi,31 mengetahui situasi tersebut selepas melihat banyak gambar yang ditularkan di media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Ambil peluang lihat sendiri depan mata dan sudah pasti berdoa supaya Temerloh selamat dan air segera surut," tambahnya.

Faridah
Faridah

Sementara itu seorang peniaga makanan, Faridah Mohamad,55 mengakui jumlah kehadiran pelanggan yang meningkat susulan situasi tersebut.

"Memang jumlah pelanggan lebih ramai berbanding kebiasaan dan anggap ia rezeki buat peniaga seperti saya," jelasnya lebih 10 tahun meniaga di lokasi berhampiran lokasi tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!